Saturday, March 25, 2023

MEXCLUB

MEXCLUB

Mesyuarat Exco Luar Bandar di pengerusi kan oleh Menteri Luar Bandar. Kebetolan masa aku di Selangor tahun 2006 - 2015, Federal diperintah oleh BN dan Selangor oleh PR. Jadi Exco Luar Bandar Selangor tak dijemput ke MEXCLUB oleh Menteri. Selangor di wakili oleh Pegawai Pembangunan Negeri.

Ada satu kali ni, Pengarah nak mengelak jumpa Menteri. Timbalan2 plak buat2 ada hal. So MEXCLUB 2013 aku yg wakil. Masa nak pegi tu aku ingat macam tgh bulan belom gaji. 2013 aku baru dpt gred 52. Gaji memang hari ni esok semua balik ke bank bayar hutang masa tu. So aku pon pegi. 

First time aku naik flite ke Borneo. Selama ni aku paling jauh naik flite pegi balik Ganu masa duk SDO Ganu dulu. Turun2 kena sambung naik bas dlm dua jam ke Semporna. Menteri Sapie Apdal buat meeting kat Semporna sebab dia ada sambutan Lepa-Lepa yg dia kena stay di kawasan.

Esoknya aku bgn tido pkl 545am. Terus solat pkl 6am. Hotel masa tu Han Palace. Baru sgt hotel tu. Lansir bau kedai lg. Abis solat bukak2 lansir dah terang mcm pkl 730am kat Semenanjung. Kiranya burn lah subuh aku. Tak berani sambung aku terus siap2 pakai baju pkl 645am aku dah ada kat bawah. Tunggu punya tunggu 845am baru bas sampai. Tercegat for nothing selama 2 jam. Kawan2 lain pkl 845am baru turun.

Haritu jadual kitorang pegi pulau Menampilik. Dari jeti tentera kitorang naik bot laju 45minit baru sampai. Pulau tu ramai juga org duduk siap ada sekolah. Kungkang kungkang pkl 1030am baru menteri sampai. Sorang2 naik berucap. Senyap jer orang kampung. Ada genaral 2 bintang ni cakap mcm malaikat lalu. X berbunyi org kampung. Last sekali panggil Sapie Apdal. Dia pon sembang2 cakap melayu. Org kampung senyap jer. Sekali dia tukar cakap bajau, menjerit2 org kampung. Rupanya sorang pon x faham bahasa Melayu kat situ. Abis si Sapie berucap tiba2 org kampung lompat kerusi kami terus jumpa menteri. Menteri selok poket keluar duit hulur kat semua orang. Sebelah kitorang ada ADUN, Setpol, Pegawai Khas. Semua kena pow jugak. Kami yg tak berkaitan ni terus lari keluar balai. Petang makan2 n mlm rehat.

Esoknya hari jumaat. Pagi free n easy. Tp bus yg angkut kitorang dtg dah pkl 10am. Sampai Semporna dah pkl 11am jam jalan sebab Lepa-Lepa. Sampai tempat meeting aku cari meja terus keluar cari ikan bilis. Dah satu Semporna aku pusing nak cari ATM. Rupanya sana payah ATM. Bila dah dpt keluar duit pusing cari kedai bilis. Bhai.. Semporna bukan mcm Tawau. X ada bilis lansung. So berlari2 anak balik la tempat meeting. Sampai2 meting dah mula. Dari mula sampai abes aku tertido. Jet lag.. 

Besoknya balik. Tiket semua pkl 4pm. Tp pkl 9am bas dah gerak. Takut jadi apa2 tgh jalan. Betol! Sekali ada lori sawit terbalik melintang tgh jalan. Patutnya 2 jam dah jadi 3 jam perjalanan. Sampai Tawau dah pkl 12tgh. Aku pegi cari ATM lg. Payah betol duk Sabah rupanya. Aku jalan kaki dekat2 satu km pegi balik baru dpt duit. Sampai pasar beli ikan bilis 12 bungkus. 250g satu paket. Duit abes RM120. Pinjam duit Awai. Dia yg bank in utk aku belanja.. Ada lagi susah dari org Sabah rupanya; pegawai Semenanjung Gred 52 bila tgh bulan.. 

Sunday, June 11, 2017

REZEKI

2000 tahun grad. Masyaa Allah susahnya hidup masa tu. Kerja apa yg ada. Balik kampung last resort. Lelaki manchur pantang undur. Kalu boleh nak kerja mcm kawan2 sembang.

Pressure time tu. Sorang mamat balik dari kerja citer kerja tempat bagus. Jual line tpon. Tokey datuk seri. Perghh dia pegi keje pakai sweater turtle neck sey. Betol2 kagum.

Yang sorang lagi datang umah time kita tengah pening isap rokok kat pintu citer sambil sembur napas naga "aku baru balik aussie. Kena perah kerja ngan tauke. Cuma dapat elaun RM400 sejam.." sambil buat muka penat. Aduhhh lagi lah biru muka aku. Dalam poket ada rm0.50 jer.

Petang2 sikit bawak rm0.50 pegi public phone. Duit tu sekeping jer. Masuk2 tekan no 019XXXXXX6. Konon nak mintak awek belanja. Tuptup tak de ringing. Letak gagang duit x kuar. Punya lah geram amik kayu pukol tepon kuning tu. Cukup doblas kali hentam, pakcik rumah depan phone booth tu kluar bawak 2 bonzer dtg tanya "ko pehal??! nak buat hal jgn kat kampung aku!"

Mintak ampun mintak maap bagai. Nyaris kena ikat. Pakcik tu bagi last worning no 1 kat aku. "Kalu aku nampak ko lagi siap ko.." dia sound sambil jegil mata. Aku toya jalan seret sandal pijak suar jeans. Balik umah Dino belanja makan. Aku citer dia x caya gelak2 mcm tgk muka gembala dgn serigala.

Esok lusanya dpt la kerja salesman kat Lot10. Janji ngan Kaypoh pegi sekali. Sbb xde duit. Dino pegi ngan Sab. Tunggu punya tunggu bas stop depan Taman Selasih member tu x datang. Nak kol xder henpon. Dekat2 pkl 845am aku nekad sbb kena masuk 930am. Tahan kaki mana2 ada moto berenti aku lompat. Mula sorang mat mot berenti. Bg tumpang sampai Chu Badak. Kat trafik lite Chu Badak tanya moto sebelah lalu Sentul. Dia angguk aku trus lompat naik moto dia. Terkejut mamat tu. Tp sporting terus jalan. Depan balai polis Sentul aku panjat satu moto budak cina. Dia x brani kata apapa. Trus bawak aku pegi Sultan Ismail. Sampai kat Sultan Ismail. Satu lagi moto aku tumpang sampai KLCC. Dan akhirnya sampai Lot 10 sblm 930am.

Abang Motor kat gambar ni x masuk dlm citer di atas. Tp sama baik2 mcm mat2 mot yg aku citer tu tumpangkan aku balik pejabat last week. On behalf of ol malaysians i would like to thank ol mat mot for their hospitality and generousity to help others whom they dont even bother to know us. Help first, ask latter. (English sbb kenangkan kawan pegi ostolia.) Sapa kenal abang ni kemsalam kat dia.

ps: hari ni aku tertinggal kawan masa balik masjid. rasanya sbb banyak pikir sgt. Sampai pejabat baru perasan. Dia ucap tq kat aku sbb citer aku ni jd inspirasi dia balik tumpang 2 motor dari Alam Shah ke Perdana Putra. Cuma dia lagi power sbb x pakai helmet! Hahaha padan muka. Sekian citer ni.

Monday, October 15, 2012

Bukit Tabur

The last mountain climbing expedition that I joined was back then in the 2000. Since then my trusted doc marten has never been in action. Last saturday finally ive manage to get a break. For the reactivation purposes Bukit Tabur which is located near Klang Gate was chosen to be the experiment track. The result; the heart,the knees and the will are still up and running although a bit rusty.. Horei

Sunday, October 16, 2011

my homes as far as i can remember..

1)quarter sk olak lempit 76-80
2)pr96 pph tampin
3)pr84
4)pr4 pph tampin
5)tmn seri berlian
6)jln kebun kelapa rembau
7)1331 quarter insp kp
8)661 quarter insp jln toh kee kah
9)no 8 jln desa bakti 6 tmn desa baru
10)jln ibrahim,kt
11)sg tong setiu
12)subang suria
13)pangsapuri orkid u5 1/9/2007
14)116 tmn subang murni 1/10/2011
15)
16)
.
.
.
.
.
.
.
.
.??? 6 feet under

Saturday, October 15, 2011

the greatest movies of the 80s n 90s

10)armageddon
9)darah satria
8)fight club
7)top gun
6)bukit kepong
5)abang92
4)gila gila remaja
3)sikit punya gila
2)abang
1)the highlander

The list is self-explainatory. If u disagree with the list pls make one yourself! Lol

Wednesday, May 18, 2011

Wings Forever

date: last day as a TBS'ian;1988

my prefect colleagues and I had a farewell party school library. we enjoyed ourselves inside out! on the radio there were hits of the time, from belenggu irama and hukum karma.

date: last day of april 2011; 23 years later

i found myself queing to gain entry to istana budaya. for what? just to enjoy myself inside out listening to my rock anthems perform by the greatest malay rock group, WINGS. again? who cares!

Sunday, May 23, 2010

10 greatest rock melayu bands


if u grow up in the same period with me, i'm sure u'll post same list. may be the difference is the sequence.

1) Wings
2) Lefthanded
3) Search
4) May
5) Rusty Blade
6) Ekamatra
7) Sweet Charity
8) XPDE
9) Iklim
10)BPR

long live rock n roll like one of my room mate used to sing "ghock-ghock, ghock n roll!" (sori chot)