Saturday, March 25, 2023

MEXCLUB

MEXCLUB

Mesyuarat Exco Luar Bandar di pengerusi kan oleh Menteri Luar Bandar. Kebetolan masa aku di Selangor tahun 2006 - 2015, Federal diperintah oleh BN dan Selangor oleh PR. Jadi Exco Luar Bandar Selangor tak dijemput ke MEXCLUB oleh Menteri. Selangor di wakili oleh Pegawai Pembangunan Negeri.

Ada satu kali ni, Pengarah nak mengelak jumpa Menteri. Timbalan2 plak buat2 ada hal. So MEXCLUB 2013 aku yg wakil. Masa nak pegi tu aku ingat macam tgh bulan belom gaji. 2013 aku baru dpt gred 52. Gaji memang hari ni esok semua balik ke bank bayar hutang masa tu. So aku pon pegi. 

First time aku naik flite ke Borneo. Selama ni aku paling jauh naik flite pegi balik Ganu masa duk SDO Ganu dulu. Turun2 kena sambung naik bas dlm dua jam ke Semporna. Menteri Sapie Apdal buat meeting kat Semporna sebab dia ada sambutan Lepa-Lepa yg dia kena stay di kawasan.

Esoknya aku bgn tido pkl 545am. Terus solat pkl 6am. Hotel masa tu Han Palace. Baru sgt hotel tu. Lansir bau kedai lg. Abis solat bukak2 lansir dah terang mcm pkl 730am kat Semenanjung. Kiranya burn lah subuh aku. Tak berani sambung aku terus siap2 pakai baju pkl 645am aku dah ada kat bawah. Tunggu punya tunggu 845am baru bas sampai. Tercegat for nothing selama 2 jam. Kawan2 lain pkl 845am baru turun.

Haritu jadual kitorang pegi pulau Menampilik. Dari jeti tentera kitorang naik bot laju 45minit baru sampai. Pulau tu ramai juga org duduk siap ada sekolah. Kungkang kungkang pkl 1030am baru menteri sampai. Sorang2 naik berucap. Senyap jer orang kampung. Ada genaral 2 bintang ni cakap mcm malaikat lalu. X berbunyi org kampung. Last sekali panggil Sapie Apdal. Dia pon sembang2 cakap melayu. Org kampung senyap jer. Sekali dia tukar cakap bajau, menjerit2 org kampung. Rupanya sorang pon x faham bahasa Melayu kat situ. Abis si Sapie berucap tiba2 org kampung lompat kerusi kami terus jumpa menteri. Menteri selok poket keluar duit hulur kat semua orang. Sebelah kitorang ada ADUN, Setpol, Pegawai Khas. Semua kena pow jugak. Kami yg tak berkaitan ni terus lari keluar balai. Petang makan2 n mlm rehat.

Esoknya hari jumaat. Pagi free n easy. Tp bus yg angkut kitorang dtg dah pkl 10am. Sampai Semporna dah pkl 11am jam jalan sebab Lepa-Lepa. Sampai tempat meeting aku cari meja terus keluar cari ikan bilis. Dah satu Semporna aku pusing nak cari ATM. Rupanya sana payah ATM. Bila dah dpt keluar duit pusing cari kedai bilis. Bhai.. Semporna bukan mcm Tawau. X ada bilis lansung. So berlari2 anak balik la tempat meeting. Sampai2 meting dah mula. Dari mula sampai abes aku tertido. Jet lag.. 

Besoknya balik. Tiket semua pkl 4pm. Tp pkl 9am bas dah gerak. Takut jadi apa2 tgh jalan. Betol! Sekali ada lori sawit terbalik melintang tgh jalan. Patutnya 2 jam dah jadi 3 jam perjalanan. Sampai Tawau dah pkl 12tgh. Aku pegi cari ATM lg. Payah betol duk Sabah rupanya. Aku jalan kaki dekat2 satu km pegi balik baru dpt duit. Sampai pasar beli ikan bilis 12 bungkus. 250g satu paket. Duit abes RM120. Pinjam duit Awai. Dia yg bank in utk aku belanja.. Ada lagi susah dari org Sabah rupanya; pegawai Semenanjung Gred 52 bila tgh bulan.. 

No comments: